Cuti semester baru bermula. Azam, budak tahun 3 di sebuah Universiti Kolej pantai timur, mula menyerabutkan diri dengan mengemas barang-barang yang mahu di bawa pulang. Sambil monoloq seorang diri, "arghhhhh!!!!!banyak pulak barang yang aku nak kena bawak balek nih. Dah lah naik bas. Kalaulah aku ada kenderaan sendiri", leteran yang selalu keluar dari mulut pemuda tersebut. Habis saja mengemas barang, Azam meminta kawan baiknya, Hamdan, menghantarnya ke stesen bas. "Zam, ko tak nak ke cari awek lain?? dah lame aku lihat ko single. tak bosan ke??", hamdan memecahkan kesunyian di dalam kereta yang sedang bergerak itu. "aku bukan tak nak cari Ham..aku nak..tapi ko tahu kan??luke hati aku nih..tak baik lagi lah..sedih,kecewa..ada lagi nih..aku tak kan lupe apa yang perempuan tuh dah buat kat aku..baru aku faham perasaan perempuan yang aku lukai dan khianati selama ini", jawab azam sambil melontar jauh pandanganya entah kemana. "dah la tuh zam..barang yang dah lepas..buat apa ko nk ingatkan lagi..lagi sakit hati ada lah..aku harap cuti nih..ko rehat lah..banyak kan berdoa..tuh yang penting sekali..ok??". Azam mendiamkan diri.
Perjalan yang mengambil mase 8 jam itu begitu singkat buat Azam. Tanpa disedari, dia dah sampai ke destinasi yang ditujui. Deringan telefon berbunyi. "Hello mak, zam da sampai nih..mak ada kat ane??oooo..nanti zam pergi kat sane erk??ok mak..salam", panggilan dimatikan. Azam mula melangkah.
Seminggu berada dirumah tanpa hala tuju. Azam mula terasa bosan. "Dah lama aku tak online. try bukak dulu..mane tahu ad cerita baru". Dengan jari-jari kasar mula menekan butang keyboard, Azam membuka laman sosialnya. "25 friend request?? banyak giler..ni mesti sorang due je yang aku kenal nih". Setalah puas membelek profile-profile friend request tersebut, Azam tertarik dengan salah satu profile ini. Nama pun unik. Dia pun memberanikan diri bersembang dengan gadis tersebut. Orang nya cantik, mata bulat, berlesung pipit, bergigi taring. Ciri-ciri gadis idaman Azam yang ada pada gadis tersebut. Pada mulanya, Azam kurang mengenali gadis tersebut. Akan tetapi, setelah gadis tersebut menceritakan kisah lama, Azam ketawa kecil. "lah budak kelas lama aku rupenya". Tapi, ada sesuatu yang menarik hati Azam tentang gadis ni. Dulu seorang yang pendiam..dah jadi periang dan banyak celoteh. Dulu nampak pemalu, tapi sekarang, dah jadi "singa betina". Walau apa pun, Azam sentiasa tersenyum dan bahagia dengan kehadiran gadis bersifat islamik itu.
Suatu hari, Azam memberanikan diri dengan meminta nombor telefon gadis tersebut."Dengan rasa tak malu, saya nak mintak nombor telefon awak boleh??tanya Azam. Respon positif yang diterima. "dengan rasa tak malu jugak..ni nombor saya 013-9897876",balas gadis tersebut. Cepat-cepat Azam menyalin nombor yang tertera di skrin laptopnya. Akhirnya Azam berjaya memperolehi nombor gadis tersebut. Hati kecil Azam menjerit kesukaan. Azam mula berbalas mesej dengan gadis tersebut. Ketika itu, gadis tersebut berada di dalam bas. Pulang ke kampung halaman di pantai timur untuk cuti semester. Gadis tersebut menuntut di sebuah Univesiti terkemuka di bahagian barat negara. Zalina, itulah nama gadis tersebut.
Cuti semester telah berakhir. Azam kembali ke kampus dengan personaliti baru. Kehadiran Zalina telah banyak mengubah kehidupan Azam. Setelah dua minggu berhubung melalui mesej, Azam memberanikan diri mengajak Zalina keluar. Zalina setuju, kerana pada mase yang sama, Zalina berada dekat kawasan kampus Azam. Ketika itu, Zalina ingin pulang ke rumah. "Awak nak balik ke??alang-alang kita jumpa nih..boleh saya hantar terus. macam mana??",soal Azam. "Tak menyusahkan awak ke?? Kalau tak menyusahkan, saya tak kesah",jawab Zalina. "Tak pun..awak tunggu kat depan pasaraya tu..nanti saya sampai". Azam mnyuarakan keyakinan. Perasaan Azam ketika itu bercampur aduk. Ini kerana, setelah 6 tahun tidak bertemu, inilah kali pertama Azam bertemu dengan Zalina.
bersambung.....




